Monday, 20 June 2011

GCP VS PUBLIC GOLD ?

salam alaik para pembaca semua,

Mlm tadi sy menghadiri ceramah keadilan di Ampangan.Sy temankan kawan saya berniaga minyak wangi disana.Dalam pada itu saya berjumpa dgn agen gold gcp.Kami berbual beberapa perkara di antaranya:

Agen gcp adalah syarikat bumiputer -ini saya akui
Agen gcp mendapat keuntungan 7-8% -komisyen yang agak besar dan menguntungkan.Tetapi harus di ingat.Inilah kelebihan untuk agen.Tetapi bagaimana nasib bukan agen?Mereka terpaksa menanggung spread yang besar sekitar 15%.
untuk menjadi ahli,anda perlu membayar rm600-rm1000 sebagai yuran,pamplet etc.Ini tdk termasuk segram pon emas.Sedangkan Public Gold,kita hanya perlu membeli emas yg senilai dgn rm20k.Anngap sahaja kita melabuR dlm masa yg sama menjadi agen.
Pada pendapat saya,kedua-dua syarikat mempunya kelebihan dan kekurangan.Terpulang pada kita untuk melabur dan memilih bersesuaian dengan keinginan kita..Sebelum melabur,kaji yang mana terbaik.Tepuk Dada Tanya Selera..
sekian..




Friday, 17 June 2011

Harga Emas Melambung



LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.





Warga India Memilih Perak !

NEW DELHI 30 Mei – India, pengguna emas terbesar dunia, kini giat menyimpan perak untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga berbanding emas.

Permintaan bagi perak yang kini diniagakan pada kira-kira 58,500 rupee sekilogram (RM4,034), melonjak di seluruh India apabila jualan mencecah 600 tan metrik hingga April, sedangkan jumlah penggunaan tahun lepas hanya 2,800 tan metrik.

Di bandar-bandar utama India, emas diniagakan pada kira-kira 22,820 rupee (RM1,574) bagi setiap 10 gram.
“Harga emas terlalu tinggi, jadi orang lebih banyak membeli perak kerana ia lebih murah dan kadar peningkatannya lebih tinggi. Mereka beralih kepada perak bagi tujuan pelaburan.

“Jika monsun baik, permintaan bagi perak tahun ini dengan mudah boleh mencecah 3,500 hingga 4,000 tan metrik,” kata Presiden Persatuan Jongkong Bombay, Prithviraj Saremal Kothari kepada Bernama.

India mengimport hampir 800 tan metrik emas setahun dan 3,000 tan metrik perak bagi menampung penggunaan tempatan. Tetapi, emas, yang dianggap sebagai barangan yang membawa tuah di kalangan isi rumah India, masih menikmati permintaan tinggi.

Selepas musim panas yang sangat terik, petani-petani India menunggu musim monsun tiba, yang boleh menghasilkan tuaian yang lebih baik sekali gus menghasilkan lebih banyak wang bagi mereka.

Yang menariknya, sebahagian besar penduduk pedalaman India merupakan pembeli perak terbesar.

“Sebanyak 75 peratus penduduk pedalaman India membeli perak, jadi, permintaan bagi masa akan datang bergantung kepada monsun,” kata Kothari.

Seperti pada masa-masa lalu, permintaan dijangka muncul dari kawasan pedalaman India, yang merupakan tempat tinggal 65 peratus daripada penduduk India dan kebanyakan mereka melabur dalam barang kemas.

“Pendapatan di kawasan pedalaman India telah meningkat disebabkan hasil daripada musim monsun yang baik, pengeluaran lebih tinggi dan disebabkan oleh skim-skim guna tenaga kerajaan. Monsun kali ini dijangka lebih baik,” kata Anjani Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif National Spot Exchange Ltd. yang berpangkalan di Mumbai.



Golongan pertengahan India yang semakin ramai memasuki pasaran perak dan pelancaran e-perak yang memperkenal penjualan dan pembelian dalam talian, terus mencetuskan permintaan bagi logam itu. – BERNAMA






Tuesday, 14 June 2011

Jaga-jaga VGMC

Salam alaik para pembaca sekelian,

Macam-macam hal la..pelbagai cara org nk cari keuntungan.dari segi teori emas memang x dpt disangkal lg boleh membawa keuntung,so ada pihak-pihak yg nak ambil kesempatan membuat skim berlandaskan emas.
Kawan-kawan pernah dgr x vgmc.nama penuh dia virgin gold mining coperation.
Saya sendiri dh pergi seminar dia..saje nak dgr kalau-kalau ada peluang baru.Syarikat membuat pelaburan berdasarkan harga emas semasa.Pelaburan menggunakan lot.1lot kalau x silap 1K USD.setiap bulan pelabur akan dijanjikan dengan keuntungan 0.1 ounce.Disamping itu,kita diberi point untuk trade mcm forex.ada platform under syarikat dengan maksima lot terlalu kecil yang agak mustahil untuk kita kena margin call.
Hati- hati dengan skim ini kerana pelabur tdk diberi emas!





Langkah pertama untuk menyimpan emas !

Assalamualaikum pembaca semua...

Lama sungguh saya tak menulis untuk blog2...dan ini langkah pertama untuk saya memberi pandangan tentang bagaimana cara untuk menyimpan emas,apakah yg perlu diambil tindakan...
Di Malaysia ni,ada pelbagai cara untuk kita menyimpan emas..semuanya bergantung pada diri sendiri samada kita mempunyai cukup modal atau ada masalah x untuk menyimpan emas..
    Bagi diri saya,tahun 2007 adalah langkah pertama saya dgn menceburi pelaburan emas melalui public bank.Public Bank ada menawarkan GIA( gold investment account )..kemudian,saya terfikir kenapa x saya menyimpan emas fizikal dalam masa yang sama saya boleh berniaga.
Untuk mereka-mereka di luar sana,sekiranya anda bertanya di antara cabang-cabang pelaburan emas,yang manakah terbaik?amat susah untuk saya menjawab.Tetapi saya bg beberapa pilihan untuk anda kaji yang mana memenuhi citarasa anda melalui harga yg rendah dan spread yang terendah.

Pelaburan Emas:
1) Emas fizikal-banyak syarikat-syarikat yang mengeluarkan emas fizikal samada dalam bentuk coin atau gold bar.Di antaranya ialah syiling kijang emas,syiling emas UOB bank,syiling dan gold bar public gold,bar PUMP suisse dan Poh Kong bunga raya.



Emas fizikal untuk Public Gold ni berkualiti 999.9 (24k),setiap gold bar atau coin disertakan certificate yang mengandungi num siri.


2) Bagi pilihan kedua,anda boleh menyimpan emas dalam bentuk buku pelaburan yang boleh didapati di:
   
      -public bank (gold investment account )

      -maybank gold saving passbook account



Melalui akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal,tidak memegang emas di tangan sebaliknya nilai belian emas hanya direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.Harga emas pula berdasarkan kepada harga emas semasa.
     Sama seperti GIA, GSPA juga melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan tertentu dengan terma dan syarat.
Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk memulakan langkah pertama

Simpanan melalui buku pelaburan ini,kita boleh membuat keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi.