Tuesday 5 July 2011

USD seperti TISU TANDAS



      KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang
Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
    Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.
Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.
Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.
Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.
“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.
Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Petikan : Utusan Online

Tuesday 28 June 2011

Duit ke Emas ?

Assalamualaikum,

Para pembaca yang budiman,
saya percaya,masyarakat kita masih lg sinis dengan kuasa emas berbanding duit ringgit terutamanya org melayu kita.Pada mereka,emas hanyalah barang kemas yg dibuat hiasan utk memenuhi tangan2 dan leher2 wanita.
Mereka tdk sedar bahawa nilai duit adalah susut nilai.Atau mereka sedar tetapi mindset telah diterapkan dgn nilai wang kertas yg tdk senilai dgn fizikalnya.


     Hanya dengan 2 bar sahaja sudah senilai dgn duit yang bernilai hampir RM 7000.Tidak perlu anda bersusah2 membawa duit sampai penuh poket seluar anda.5 tahun lg,duit msh lg duit.nilai msh lg RM7000,kuasa membeli pon dh bekurang akibat inflasi sedangkan emas..sdg meningkat,lbh mahal seiring dgn masa..

Kita ambil cth harga emas untuk tahun 2009:


Harga untuk 20gram baru RM 2176! dan bagaimana dengan sekarang ?


Untuk 20gram,nilai yg sama tetapi harga mencecah RM3292 !.Kenaikan sebanyak 50% untuk 2 tahun.Bagaimana dgn nilai wang kertas kalau disimpan di ASB?Dividen 8% bolehla jdkan nilai anda bertambah sby RM300.Cukupla untuk membeli basikal anak2 tupon harga basikal dh naik dr tahun lepas..hehehe..







Sunday 26 June 2011

Artis Pon Beli Emas





Saturday 25 June 2011

PERAK lancar dinar dan dirham

Perak lancar dinar, dirham
February 28, 2011

IPOH, 28 Feb – Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.

Beliau berkata dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.

“Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Dinar Emas dan Dirham Perak di sini hari ini.

               
                            Dinar dan Dirham


Dr Zambry berkata pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd (Goldnet), sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn Bhd).

Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.

Pada muka hadapan instrumen itu dicetak dengan lambang kerajaan negeri Perak manakala di bahagian belakang pula terdapat cetakan yang serupa dengan mata wan yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abdul Malik ibn Marwan.

Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani dan penyanyi antarabangsa Maher Zain. – Bernama

 
                                                   
Dinar negeri PERAK



Riba Dalam Emas ?

Awasi riba dalam pembelian emas

Oleh NAJAHUDIN LATEH

Logam emas kini bukan sahaja diminati kaum wanita malah kaum lelaki juga semakin memahami ketinggian nilainya. - Gambar hiasan

AKHIR-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam di negara ini untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya.

Situasi ini menyebabkan ada di kalangan mereka lupa akan batas-batas syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba yang diharamkan Islam.

Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah': 278-279)

Secara umum, riba adalah sebarang pertambahan dalam urus niaga sesuatu barangan atau tambahan ke atas hutang disebabkan tempoh pembayaran yang lewat.

Emas selaku komoditi bernilai merupakan salah satu barangan berunsurkan riba (ribawi) yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh 'Ubadah bin al-Samit : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim)

Hadis ini menyenaraikan barangan ribawi yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu matawang seperti emas, perak, ringgit, dollar dan sebagainya serta makanan asasi seperti padi, gandum, barli, tamar dan garam.

Walaupun begitu, syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan jenis, seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan barangan bukan ribawi seperti boleh membeli kereta dengan menggunakan emas atau matawang lain.

Urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran matawang dengan matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf (tukaran wang).

Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah.

Oleh itu, kita semua perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba yang kemudiannya akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)




Punca Kenapa Agrobank Tak Terima Pajakan

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

tadi saya membelek,kat pakcik gogle.Saya search,nak tau kenapalah agaknya yer agrobank dah tak terima bar dan syiling coin untuk dipajakkan lagi..Dan saya menemui info yang agak menarik untuk kita fikirkan kebenarannya di forum yang terkenal iaitu carigold.
kepada pembaca,sila renung2kan ye..

Seperti yang kita maklum, Agrobank telah menghentikan pajakan emas 'wafer' buat sementara waktu. Soal berapa lama tu tak kita ketahui dengan jelas. Aku ada bertanya kat staf Ar-Rahnu HQ tentang bila bank nak buka balik semula. Jawapan yang dia kasi ialah dalam tahun 2011 ni bank akan benarkan semula pajakan emas 'wafer'. Tapi aku kurang yakin dengan jawapan staf pompuan yang cun tu. Biasanya pihak bank tak akan bagi jawapan hampa kat pelanggan mereka. Tak percaya, pergilah mana-mana bank pun pasti cakap berlapik punya.

      "Aku rasa bersyukur kepada Allah S.W.T sebab kebetulan bini aku adalah pegawai Agrobankbahagian maklumat kredit. Kelebihan jawatan yang disandang ini ialah boleh tengok rekod hutang peminjam. Aku tak bagitau tingkat berapa department dia. Tapi bini aku lebih tahu cerita dalaman pasal Ar-Rahnu ni.

Ceritanya bermula selepas Manager Bank (MB) ternampak seorang pelanggan agen/dealer yang aku taknak sebutkan nama syarikat ni yang perkenalkan skim pembiayaan 30/70. Agen/dealer kat depan bank sedang asyik main campak mencampak wang tunai yang agak banyak jugak ke dalam boot kereta. Mungkin pelanggan atau agen/dealer tu tak perasaan MB ni tengah sibuk dok perhatikan gelagat dia. Kat situlah timbul rasa tak puas hati MB tadi yang menyebabkan pihak bank bekukan sementara pajakan emas 'wafer'. Pada pendapat aku memang tak elok pelanggan tu buat perangai macam tu sebab rezeki yang Allah S.W.T berikan dibuat main-main.

Sebenarnya, banyak isu dalaman Ar-Rahnu yang bini aku cerita. Tapi sangat teknikal. Apa yang aku nak ceritakan ialah dari sudut pelanggan sahaja. Satu lagi punca ialah keghairahan orang ramai menyertai skim pajakan emas 30/70. Bukan setakat 100gram yang diorang pajak. Rupanya pajakan melebihi sekilo lagi ramai! Memang sah, ramai yang dah terjerat dalam skim ni. Bukan semua yang mampu beli emas secara tunai. Yang kesiannya, bagaimana si peminjam ni akan menebus balik emasnya secara mutlak nanti? Lebih-lebih lagi yang buat personal loan. Kalau si peminjam tadi gagal, maka dealer jugaklah akhirnya yang beli emas tu. Peminjam dapat apa? Dapat 30% wang tunai dan untung atas kenaikan emas jelah! Kalau nak tebus kena buat networking serampang 2 mata iaitu MLM + Program Pemilikan Emas 30/70. Persoalannya berapa ramai yang ada 3S iaitu sanggup, sabar dan sacrifice?

Selain itu, yang menjadi masalah ialah pelanggan yang memajak emas wafer & syiling/dinar yang tak melebihi 100gram. Apabila bank dah terlalu banyak beri pinjaman bagi pajakan melebihi 100gram hingga 1kg. Tuan cuba bayangkan sendiri bagaimana pihak Ar-Rahnu nak buat pusingan tunai kalau dah berpuluh ribu malah ratusan ribu hingga jutaan RM diberi pinjam. Nak tunggu pulangan, kenalah cukup edah 6 bulan. Paling tidak pun pelanggan buat lanjutan tempoh 3 bulan lagi. Pastu buat overlapping dan lagi dan lagi dan lagi.

Kesimpulannya, bukan Agrobank yang menghentikan pajakan emas wafer ni, tapi Allah S.W.T yang tarik balik nikmat rezeki emas ni. Punca ialah sikap kita sendiri yang bersifat takabur dan riak dengan rezeki yang Allah bagi. Ketahuilah bahawa nikmat yang Allah berikan atas dunia ni hanya sedikit sahaja.. Wallahualam. Yang baik itu datang dari Allah, yang tak baik itu datang daripada saya.

nasihat buat diri aku dan warga CG semua ialah kena faham tujuan sebenar Ar-Rahnu diwujudkan."

sumber: forum carigld




Wednesday 22 June 2011

Agro Bank Dah Tak Terima Pajakan

Assalamualaikum pembaca yg budiman,

Baru-baru ni saya ada mendengar agro bank dah tak terima bar gold utk di pajak.Ada sesetengah yang mengatakan ini adalah kesan dari skim2 pelaburan yang menggunakan emas sebagai modal untuk membuat keuntungan.Tapi bagi saya,penolakan agrobank mungkin berpunca dari lambakan emas atau terlalu ramai yang telah memajak.Secara logiknya setiap institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam arrahnu mempuanyai kuota.

Kebanyakan pelabur menggadaikan emas bukan kerana terdesak,tetapi mereka memanipulasikan emas untuk menjana lebih keuntungan.Ini bermakna mereka membeli emas untuk memajak! dan bukan untuk menyimpan.
Jika seorang mempunyai 100 gram utk dipajak,dgn 60% bank sdh mengeluarkan RM10 000 utk pinjaman.Bagaimana kalau 100 org?1000 org?Islam mengadakan arrahnu untuk mengurangkan beban.Untuk menghindarkan umat islam dari tertindas dengan pajakan bersifat conventional.