Zakat Emas Dan Perak

Jenis emas yang diwajibkan zakat

  1. Emas yang tidak dipakai
Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nila emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. sebagai contoh, jika berat keseluruhan emas yang tidak dipakai itu bernilai RM8500 (nilai semasa) maka zakatnya adalah : RM8500 x 2.5% = RM212.50

  1. Emas yang dipakai
Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi 'uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai 'uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.


Jenis-jenis Emas dan Perak

Emas
a.         Jongkong emas
b.         Bijih emas
c.         Wang emas
d.         Perkakas atau perhiasan rumah daripada emas
e.         Barang-barang perhiasan
f.          Barang kemas yang tidak digunakan atau lebih dari uruf
 

Perak

a.         Jongkong perak
b.         Bijih perak
c.         Wang perak
d.         Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak seperti piala, piewter dan lain-lain
e.         Barang kemas perak


Nisab dan Kadar Zakat Emas

Sabda Nabi s.a.w :


وَلَيسَ عَلَيكَ شَيْءٌ - يَعْني فِي الذَّهّبِ حَتَّى يَكُونُ لَكَ عِشْرُونَ دِيناَرًا. فَإِذَا كَانَ لَكَ عِشْرُونَ وَحَالَ عَلَيهَا الحَوْلَ فَفَيهَا نِصْفُ دِينَارٍ فَمَا زَادَ فَبِحِسَابِ ذَلِكَ.....
( رواه أبو داود )

"Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya".
(Riwayat Abu Daud)
Apabila seseorang memiliki emas sejumlah senisab atau lebih dan telah cukup haul (setahun) ia wajib mengeluarkan zakat. Ulamak sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, maka wajib dikenakan zakat. Kadar zakat ialah rubu' al 'usyur iaitu satu perempat puluh (1/40) atau dua setengah peratus (2.5%).
 
Nisab dan Kadar Zakat Perak
Sabda Rasulullah s.a.w :
وَلَيْسَ فِيمَا دُوْنَ خَمْسَةِ أَوْسُقٍ صَدَقَةٌ
( رواه مسلم )
"...tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan ± 930 liter) “
 (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi :
وَفِي الرِّقَّةِ رُبْعُ الْعُشُرِ....
( رواه البخاري )
"Pada perak (zakatnya) 1/40…"
(Riwayat al-Bukhari)

sumber:Pusat Kutipan Zakat Pahang.