Tuesday 14 June 2011

Home » Langkah pertama untuk menyimpan emas !

Langkah pertama untuk menyimpan emas !

Assalamualaikum pembaca semua...

Lama sungguh saya tak menulis untuk blog2...dan ini langkah pertama untuk saya memberi pandangan tentang bagaimana cara untuk menyimpan emas,apakah yg perlu diambil tindakan...
Di Malaysia ni,ada pelbagai cara untuk kita menyimpan emas..semuanya bergantung pada diri sendiri samada kita mempunyai cukup modal atau ada masalah x untuk menyimpan emas..
    Bagi diri saya,tahun 2007 adalah langkah pertama saya dgn menceburi pelaburan emas melalui public bank.Public Bank ada menawarkan GIA( gold investment account )..kemudian,saya terfikir kenapa x saya menyimpan emas fizikal dalam masa yang sama saya boleh berniaga.
Untuk mereka-mereka di luar sana,sekiranya anda bertanya di antara cabang-cabang pelaburan emas,yang manakah terbaik?amat susah untuk saya menjawab.Tetapi saya bg beberapa pilihan untuk anda kaji yang mana memenuhi citarasa anda melalui harga yg rendah dan spread yang terendah.

Pelaburan Emas:
1) Emas fizikal-banyak syarikat-syarikat yang mengeluarkan emas fizikal samada dalam bentuk coin atau gold bar.Di antaranya ialah syiling kijang emas,syiling emas UOB bank,syiling dan gold bar public gold,bar PUMP suisse dan Poh Kong bunga raya.



Emas fizikal untuk Public Gold ni berkualiti 999.9 (24k),setiap gold bar atau coin disertakan certificate yang mengandungi num siri.


2) Bagi pilihan kedua,anda boleh menyimpan emas dalam bentuk buku pelaburan yang boleh didapati di:
   
      -public bank (gold investment account )

      -maybank gold saving passbook account



Melalui akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal,tidak memegang emas di tangan sebaliknya nilai belian emas hanya direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.Harga emas pula berdasarkan kepada harga emas semasa.
     Sama seperti GIA, GSPA juga melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan tertentu dengan terma dan syarat.
Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk memulakan langkah pertama

Simpanan melalui buku pelaburan ini,kita boleh membuat keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi.


No comments:

Post a Comment