Info emas

DINAR, DIRHAM, EMAS DAN PERAK. APA KAITANNYA?

     Dinar yang berasal dari perkataan 'Denarius' bermaksud syiling yang ditempa dari bahan logam emas. Dirham pula berasal dari perkataan 'Drachma' bermaksud syiling yang ditempa dari bahan logam perak. Syiling emas dan perak yang digunakan di zaman Baginda Rasulullah SAW berasal dari Empayar Byzantium dan Sasanaid. Penggunaan syiling emas dan perak ini brterusan sehinggalah ke zaman Abdul Malik ibnu Marwan tanpa ada syiling penempaan khusus oleh Kerajaan Islam. Penempaan syiling emas dan perak oleh kerajaan Islam yang pertama bermula pada 75H apabila berlakunya pertelingkahan antara Abdul Malik ibnu Marwan dan Maharaja Byzantium. Oleh yang demikian, syiling emas dan perak adalah matawang yang boleh digunakan tidak mengira negara yang menempanya.

     Seperkara yang perlu kita sedari ialah 'nilai' emas dan dirham ini terletak pada berat timbangan logamnya. Ini bermakna 'nilai' syiling terletak pada zat yang ditentukan oleh Allah SWT. Allah SWT sendirilah yang menentukan banyak manakah emas dan perak yang mampu di gali oleh manusia. berbanding wang kertas, dimana 'nilai'nya terletak pada angka yang tertera. Nilai ini ini ditentukan oleh pihak yag berkuasa atau pemerintah.

KAITAN ANTARA DOLLAR AMERIKA DAN EMAS

     Pada mulanya Amerika Syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap Dollar Amerika ada disandarkan dengan emas iaitu 1oz emas bersamaan USD 35. Tetapi ini semua hanyalah sandiwara mereka yang memerangkap ummah untuk menerima Dollar Amerika sebagai 'Reserve Currency'. Perkara ini terbongkar apabila Amerika Syarikat telah melakukan pecah amanah terhadap perjanjian Brettonwoods 1945 yang ditandatangani oleh 44 buah negara. Semasa perjanjian ini, semua negara menerima dan memberikan bai'ah kepada Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama, Dollar telah dicetak lebih banyak daripada sandaran emas yang ada. Oleh itu, pada tahun 1975, sejarah mencatatkan pemerintahan Presiden Richard Nixon mengistiharkan bahawa semua wang-wang kertas sudah tidak perlu bersandarkan emas lagi. Semua wang kertas dibebaskan terapung di pasaran matawang semata-mata menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun.

     Tanpa disedari, umat Islam di dunia ini telah ditipu sehinggakan matawang negara sesama ahli tidak laku dalam negara sesama ahli. Contohnya, jika kita pergi ke Arab Saudi, matawang Malaysia (RM) tidak boleh digunakan dan sebaliknya. Ini bermakna semua urusan kehidupan di dunia ini sudah tercemar.